22 August 2015

•• prosa jiwa, puisi tercipta ••


Satu 
Permulaan hidup 
Mengejar impian yang satu

Dua
Mula memilih
Impian satu menjadi dua

Tiga
Banyak pilihan
Hawa manusia mengatasi segalanya

Satu Dua Tiga
Waima apa di depan mata
Manusia tetap manusia
Kadang alpa & leka
Raqib & Atid catat segalanya

Jgn dibuat lupa kiraan seterusnya
Sampai bisu utk bicara
Sampai buta tanpa mata
Sampai pekak tidak bertelinga
Sampai sudah masanya
Munkar & Nakir menanti di sana

#50HariMenantiRamadhan

--------------------------------

Resmi padi
Tinggi-Tunduk

Resmi batu
Statik-Kaku

Resmi air
Tenang-Hanyut

Resmi hidup
Emosi-Perilaku

Resmi manusia
Redha-Pasrah

Resmi aku
Lapar-Makan

~Sekian Jojoba Ais

02 November 2014

~ #KembaliSemula ~

Puisi Sedang Ngantuk
-----------------------------
Malam menyingkap bulan
Sunyi • Sepi
Siang melarik awan
Riuh • Terang
Petang menjemput hujan
Mendung • Sejuk
Seharian menanti pelangi


Melabuh kisah
Menghitung hari
Menanggung resah
Menanti pasti


Kerana wacana aku
Aku saja yg ngerti usulnya
Kerana cerita aku
Aku saja yg mencoraknya

•• 30 Oktober 2014 ••
-----------------------------
Bahu ini
Memikul beban
Menampung berat
Merasa seksa
Menempuh lara


Bahu ini
Kiri dan kanan
Saling perlu
Membantu aku


Kerana bahu ini
Tidak pernah keluh
Tidah pernah rungut
Tidak pernah tidak
Sentiasa mengiringi aku
Selari dengan langkahku


Kerana bahu ini
Bahu aku
Hanya aku yang tahu


•• 6 September 2014 ••

02 March 2014

•• 1st anniversary ••

Setahun dulu...
Satu akad
Satu lafaz
Satu ikatan dimeterai

Setahun dulu...
Satu tanggungjawab dipikul
Satu janji dikota
Satu pasangan tercipta

Genap setahun...
Menyambung kasih
Menyambung cinta
Menyambung cerita

Doa pada yg ESA
Doa pada yg KUASA
Doa pada PENCIPTA
Muga ALLAH pelihara kita berdua

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Buat Suami Tercinta ~ Mohd Ikrimah

20 February 2014

•• Puisi mengiringi kemunculan diri ••

Aku manusia
Tahu erti budi bahasa
Reti erti hormat org tua
Faham erti penggunaan kata

Aku manusia 
Tahu maksud senior
Reti maksud respek each other
Faham maksud nasihat atau mengata

Ya! Akulah manusia itu
Aku manusia insan biasa

Tapi dia
Nampak macam manusia
Mungkin jelas wataknya bila berbicara
Berlindung disebalik wajah dan muka

Tapi aku 
Rasai tempias dia
Hadapi segalanya

Aku pasti 
Aku bukan dia
Dan tidak akan jadi macam dia

•• en ik sila culik & bawa saya lari ••

05 September 2013

•• naik minyak naik ••


Post nh agak keterlaluan dan berbau rasis serta sedikit sentuhan sacrism. Hanya utk suka2 jiwa lara.

•• perlukah aku ••

Sebagai rakyat yg memegang ic biru
Ak perlu sahut seruan 20sen

Sebagai pengguna kereta cc 850
Ak perlu tuang minyak juga

Sebagai pembayar cukai tanpa gagal
Ak perlu tertanya2 "x cukup lg ke"

Sebagai isi rumah yg x layak BRIM
Ak perlu risau seketika

Sebagai pekerja penggerak ekonomi negara
Ak perlu berasa bangga "sentuhan puji"

Sebagai anak kepada ibu bapa
Ak perlu selalu pulang melawat mereka

Sebagai isteri kpd si dia
Ak perlu ke pasar membeli segala

Sebagai hamba allah yg setia
Ak perlu beryukur dgn apa yg ada

Siapalah ak untuk bersuara membantah
Sekadar menulis memuntah kata

Sekian

19 August 2013

•• sleepy hollow ••


6 months ago i'm married & change my status
dgn lelaki yg sy kenal sedari kecil
Our journey begin slowly & steady
Harap Allah memelihara hubungan kami
Love u wahai encik suami
Nyata ak ini mmg jenis yg payah mengeluarkan kata-kata cinta
Dia terima ak seadanya
Terima kasih Allah

20 February 2013

~ the time ~

Salam malam

Hari nh idea melimpah
Meronta utk diluah
Mungkin kesan pembawakan mood
Mood yg pasti membuat ak tersenyum


Corat coret pengumuman "ak akan berkawin "


Perkahwinan - bunyi mainstream sgt bg org2 kt luor sana... Tp bile seruan tuh hadir dalam hidup ak... Mmg rare... Perghhh x pnh terlintas yg ak akan berkahwin... Disbbkan dilabel "naif" oleh teman2 sbb xde angin xde ribut tbe2 umum tarikh kawin... Yep it is family arrangement... Thank god...


90% org sekeliling seolah2 tidak mempercayai ak akan berkahwin... Percayalah teman jodohku dtg awal... Ekekeke... 10% lg sedara mara nk xnk kne percaya...


Terlalu byk soalan perlu dijawab
Terlalu byk reaksi perlu dibetul
Terlalu byk andaian bertubi muncul
Terlalu byk penasihat percuma manusia


Yeeeppp muke mmg nmpk ganas
Tp x sangka ade buka nusery
Terlalu peribadi utk dikongsi
Yg pasti inilah cinta yg Allah beri


Serius ramai yg menjadi penasihat peribadi
Arghhh agak tensen act ble majlis dah dekat
Org ckp indah
Tp diriku begitu berdebar
Ececeh xkan ku tunjuk reaksi diri
Sbb tkut cair melekit egonya
Degupan jantung ibarat laju memecur
••
Muga Allah permudah segala

OKBAI