19 November 2008

Ibu... Terkenang Air MataKu...

Ummi……

Sejak kecil aku kagum melihat kesungguhanmu. Tidak pernah ku dengar keluhanmu. Celik sahaja mata, tatkala subuh masih ada, sarapan pagi sudah tersedia. Waktu itu ummi sudah keluar rumah. Meski bukan ke kebun getah atau ke kebun kelapa sawit, ummi punya tangungjawab besar mendidik anak bangsa. Tidak pernah kami adik beradik ke sekolah dengan perut kosong. Tidak pernah kami pulang tengahari meja tidak tersaji. Semua itu ummi sediakan seawal dinihari. Kadang-kadang aku pelik bagaimana ummi boleh sediakan itu semua. Seingat aku, sebaik aku kenal erti hidup dan kehidupan, itu semua telah aku lalui. Pada mulanya aku menganggap semua itu perkara biasa. Tetapi apabila berkesempatan bercerita dan bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan rupanya ummiku cukup istimewa dan luar biasa.

Apabila aku di tingkatan 1, aku mengikut ibu bersekolah di sekolah yang sama. Perjalanan selama satu jam pergi dan balik cukup mengajar aku erti kasih sayang dan tanggungjawab seorang ibu. Ummi tidak jemu-jemu memberi nasihat dan tunjuk ajar. Kadang kala ummi turut mengajar kami terutama subjek geografi kerana itu bidang utama ummi. Minatku yang mendalam terhadap geografi sebenarnya berputik daripada kata-kata perangsang dan bimbingan daripada ummi. Lima tahun kami berulang alik ke sekolah, cukup membuat aku sedar dan insaf akan banyak perkara. Sejak dari tingkatan 1 hingga 6, aku pasti mendapat A dalam subjek ini.

“ Tak payah susah-susah nak cari pak we, dah ada dah, cuma tak tahu siapa, bila dan di mana”. Kata-kata ummi itu sering terngiang-ngiang di telingaku. Mungkin bagi setengah-setengah orang itu semua mustahil. Bagiku ummi telah berjaya meyakinkanku bahawa usia muda perlu diisi dengan ilmu dunia dan akhirat. Kini, semua itu telah berlalu namun segalanya tidak akan hilang dalam ingatan dan pegangan hidupku. Aku kini tambah dewasa. Kedewasaanku banyak dicorakkan olehmu ummi dan ayah. Dengan izin Allah keranamu ummi , aku kini meniti hari-hari bahagia di menara gading. Aku begitu besemangat dan punya yakin diri yang tinggi untuk menggapai bintang kejayaan. Kau tempatku mengadu…. Kau segalanya……

Ummi kaulah ibuku, guruku, kawanku dan kaulah RATU HATIKU.


Dedikasi kepada ummiku yang tersayang - Jamaliah Abu

15 November 2008

Mencari Damai Abadi

Salam.... mase entry nh di taip.... ak sedang menikmati bubur nasi yg sgt sedap.... berlaukkan telur dadar jenis ayam kampung yang dipukul besama cili padi, hirisan bawang, garam n lada hitam...... heheheh..... asyik cite pasal mkn je.... act time xm nh ak cube mencari damai abadi..... jauh dr perangai pelik manusia..... huhuhu..... the end.... ak nk cite sket aktiviti2 yg ak attend sepanjang musim study week n exam.... hehehe.... mls plak nk cite.... tgk pic lg sng.... enjoy....
Makan pizza....

Open house IR Mkn BBQ Chiken.... Korean Style
Bday Kinkin

Boling - Almanda (juara longkang)Hang out kt Putrajaya