02 November 2014

~ #KembaliSemula ~

Puisi Sedang Ngantuk
-----------------------------
Malam menyingkap bulan
Sunyi • Sepi
Siang melarik awan
Riuh • Terang
Petang menjemput hujan
Mendung • Sejuk
Seharian menanti pelangi


Melabuh kisah
Menghitung hari
Menanggung resah
Menanti pasti


Kerana wacana aku
Aku saja yg ngerti usulnya
Kerana cerita aku
Aku saja yg mencoraknya

•• 30 Oktober 2014 ••
-----------------------------
Bahu ini
Memikul beban
Menampung berat
Merasa seksa
Menempuh lara


Bahu ini
Kiri dan kanan
Saling perlu
Membantu aku


Kerana bahu ini
Tidak pernah keluh
Tidah pernah rungut
Tidak pernah tidak
Sentiasa mengiringi aku
Selari dengan langkahku


Kerana bahu ini
Bahu aku
Hanya aku yang tahu


•• 6 September 2014 ••